jujurnya, hati ni kosong sangat...sesangatnya...setiap masa aku tak mampu memberikan tumpuan kepada guru yang sedang mengajar, ketika bermain pun boleh terjadi... hati ini terdetik, Ya Allah, adakah aku melakukan satu kesilapan yang amat besar? rasa bersalah, rasa kecewa tak pernah hilang walau sesaat. meskipun aku tersenyum, aku membuat lawak, aku terasa hipokrit sesangatnya. Ya Allah apa sebenarnya yang kau ingin beritahu aku? aku rasa seolah - olah aku ni hidup bagaikan boneka, tiada perasaan. ouh silap ! ada perasaan, tapi tiada bahagia ! keluarga aku begitu jauh dari hidup aku, apatah lagi adik beradik aku. aku ada duit, aku ada apa yang aku nak, tapi hati aku kosong ! bukan itu sahaja, kawan - kawan yang aku anggap sebagai keluarga aku, dengan senang tinggalkan aku seorang diri.
jadi arah manakah yang aku harus pergi? sampai bila hati aku ni kosong, tercalar, terluka, dan asyik memendam rasa. aku gembira kawan2 aku semuanya bahagia, tapi mana aku punya? sesungguhnya kasih sayang - mu mampu merubah keseluruhan hidup aku. bantulah aku, Ya Allah untuk tempuh perjalanan seterusnya. kuatkanlah hatiku Ya Allah, kerana aku tahu, aku mudah terusik. kuatkanlah imanku, moga tak pernah tersasar dari jalan-Mu.
jika benar tertulis dalm buku takdirku, hidupku senantiasa begini, tak ada kata yang mampu aku ucapkan melainkan tersenyum pahit. Ya, Allah, kenapa kenangan lalu asyik bertandang dalam pemikiran aku? adakalanya menitis airmataku mengimbasi kenangan lalu. ada apa di sebalik kenangan itu? pengajaran? nasihat? atau engkau menunjukkan dosa-dosa aku?
Ya, Allah kau berilah kegembiraan untuk sahabat - sahabat yang aku kenali agar hidup mereka sentiasa bahagia dan ceria. jauhkan mereka dari perkara - perkara yang mampu mengusik iman mereka atau perkara yang menyedihkan mereka. sampaikan salam sayang aku pada mereka. lindungilah mereka di dunia dan di akhirat sana.
hati yg kosong,
(nadiahtul)
No comments:
Post a Comment