Thursday, March 31, 2011

takdir agaknya !

hurm...sehari sebelum hari jadi aku,
aku melaluinya dgn harapan ada bahagia...walaupun sekejap...tapi, bila teringat apa yang dah pernah jadi pada hari jadi aku sebelum2 ni...aku ambil keputusan untuk tidur...baru je nak terlelap...
TREEEETTTT ! e'eh phone ni...buang tabiat apa bunyi tgh2 malam...layan jela...bila bukak je sms...aku tercengang...aku tak sangka, ada yang ingat birthday aku ! setitis airmata aku mengalir...yes ! you're the first and never be the last...rasa bersalah pun ada...aku tak teringat pun birhday kau...kau ingat aku punya ! sungguh tak adilkan?
buat NUREINA SYAFIKA,,, thanks sangat2 sebab menyedarkan diri aku bahawa masih ada yang ingat kat aku ! :'(

2 hari selepas tu, mak & abah bawa aku pergi jumpa kawan dia...aku tak tahu pun kawan diorang tu ustaz...ala, buat tak tahu jelahh...
tengah aku main game phone, perhatian ustaz tu tertumpu pada aku..
apsal pulak ustaz ni...hati aku tak sedap...maybe banyak dosa kott...
selepas habis sembang dengan diorg dia terus tersenyum ke arah aku...eh, apahal ni...
"sabarlah nak, hidup kamu ni, banyak dugaan...kalau orang lain, dah tak tertanggung dah..kamu kuat ni...teruskan..."haha...aku memang ternganga kat situ...lepas apa yang dia cakap...aku terus lepak kat luar rumah dia..tak suka pulak aku pandang muka ustaz tu...kau sape? sibuk hal aku...urusan kau dengan parents aku, bukan dengan aku...then, sebelum aku blah tu, ustaz tu senyum lagi...aih, naik hangin aku dibuatmya...aku blah langsung masuk kereta..malas aku nak hadap muka ustaz "tua " tu...
dalam kereta...mak aku hulrukan kertas yang bertulis..
"nak, dugaan tu, untuk buat awak ingat dengan dia sentiasa..."
solat hajatlah 7 kali berturut2 semoga hilang perasaan amarah dan baran,
bersih hati dari perkara2 negatif.. insyaAllah, senang kamu nak menghadapi dugaan tu..."
Allahu Akbar...
aku tak tau nak cakap apa...macam tak percaya pun ada...
siapa ustaz ni?
tak pernah aku jumpa...
tup2, dia tahu sedikit sebanyak tentang diri aku...
mungkin parents aku kott...
bila fikir2 balik...eh, dia tahu pulak apa yang ada dalam hati kau...
parents aku suruh ikut nasihat ustaz tu...errmmm...
tengoklah dulu...kalau rajin...mood tengah malas nak mampus ni..mampus pun tak semalas ni...

No comments:

Post a Comment