Friday, June 14, 2013

New Beginning :D

hey, salam to my lovely blog... memang dah lama gila tak update kan? haha...
okay mood aku hari ni, tak dapat dikenal pasti... don't know why...

Sekarang, aku dah masuk ke UiTM Kampus Kuantan dalam program Asasi TESL... alhamdulillah, UiTM kampus Kuantan dah dua tahun berturut-turut menjadi UiTM asasi TESL terbaik dengan CGPA yang hampir sempurna, (insyaAllah aku pun boleh). with my housemate,roomate, aku jujurnya jealous teramat dengan diorang. mana taknya, their friends keep on calling,asking on how they are doing. hati ni sentap, tapi macam biasa,aku akan berlagak tough untuk menguatkan semangat aku.

rasanya, airmata ni, boleh turun anytime kot,terlalu sakit dengan masa silam. memang betul kata orang forgive and forget but the wounds are not going to heal. kalau dia healing pun, tak akan kembali seperti sediakala. haha. aku tak lupa senior samttaj yang baik and yang bash aku. sangat tak lupa,sampaikan ada kalanya terbawa-bawa ke mimpi. fuh, memang terbaik penangan diorang.

Ya Allah, hambamu ini kerdil yang teramat memohon agar dicerahkan masa hadapanku,dikuatkan semangat aku,ditabahkan hati aku,dijaga iman aku agar tidak akan mudah melatah atau mengalah dengan dunia yang penuh dengan dugaan tanpa henti. aku juga memohon agar aku diberi peluang untuk berkhidmat untuk menaikkan nama UiTM ini kerana jauh disudut hati aku, aku masih tidak percaya yang aku terpilih untuk ke menara gading. Ya Allah, kau peliharalah semua orang yang pernah ku kenal. terutamanya yang membenci aku,mengutuk aku, dan tidak senang melihat kejayaanku. Sesungguhnya aku serahkan segalanya kepadamu kerana engkau telah pun menentukan takdirku. jadikanlah hati ini,hati yang terbuka menerima nasihat,tidak berdendam mahupun berniat buruk terhadap yang lainnya. Aminnnn...

yang sedang berusaha,
Nadiahtul.

No comments:

Post a Comment