Friday, June 21, 2013

It was me...

assalamualaikum,
hahaha, aku sebenarnya dah penat memendam dan dah sangat-sangat sakit hati ni sebab tak terluah. aku rasa kan aku ni memang akan macam ni sampailah bila-bila,like forever. sangat sayangkan orang dan bila disakiti rasa dia memang perrgggghhhh, wa cakap sama lu, memang TERBAIKKKK ! aku tak suka cari musuh, aku dah jauhkan diri dari sebarang pergaduhan tapi sayangnya, manusia,tetap manusia, akan judge sentiasa, akan mencari lubang-lubang kelemahan aku untuk tumbangkan aku. wow ! aku memang salute sama orang-orang itu, aku tau aku ni, salahnya terlalu banyak, silamnya terlalu gelap dan kelam tapi ingat, TIADA MANUSIA YANG TIADA MASA HADAPAN DAN TIADA MANUSIA YANG TIADA MASA SILAM... jujur cakap, aku memang lebih merelakan hati ni luka dan sakit, mungkin sebab dah banyak sangat luka agaknya.

aku patut sedar, ada sesuatu yang wajib perlu aku sempurnakan, perlu aku laksanakan,dan itulah kelemahan aku yang utama. aku dah agak dah yang ianya akan menjadi kontroversi,penyebab tidak puas hati. aku yang bersalah, it was me. aku dah mengaku, jadi, bantulah aku, bukannya kau makin menjauhkan diri dari aku, itu yang silapnya. bukan aku je yang ada masalah dan kelemahan, tipulah kalau kau tak ada... hati memang tengah sebak ni, dah tak tau nak luah kat siapa, sinilah tempatnya. memang air mata ni boleh turun anytime je, eh ! tengok baru cakap dah turun dah. airmata aku ni, bukan airmata lemah,tapi airmata yang dah terlalu banyak menanggung rasa sakit dan pedih. Maffkanlah aku, sebab tak mampu bertahan lagi. my past still don't wanna let me go.

yang tidak terucap,
Nad.

Friday, June 14, 2013

New Beginning :D

hey, salam to my lovely blog... memang dah lama gila tak update kan? haha...
okay mood aku hari ni, tak dapat dikenal pasti... don't know why...

Sekarang, aku dah masuk ke UiTM Kampus Kuantan dalam program Asasi TESL... alhamdulillah, UiTM kampus Kuantan dah dua tahun berturut-turut menjadi UiTM asasi TESL terbaik dengan CGPA yang hampir sempurna, (insyaAllah aku pun boleh). with my housemate,roomate, aku jujurnya jealous teramat dengan diorang. mana taknya, their friends keep on calling,asking on how they are doing. hati ni sentap, tapi macam biasa,aku akan berlagak tough untuk menguatkan semangat aku.

rasanya, airmata ni, boleh turun anytime kot,terlalu sakit dengan masa silam. memang betul kata orang forgive and forget but the wounds are not going to heal. kalau dia healing pun, tak akan kembali seperti sediakala. haha. aku tak lupa senior samttaj yang baik and yang bash aku. sangat tak lupa,sampaikan ada kalanya terbawa-bawa ke mimpi. fuh, memang terbaik penangan diorang.

Ya Allah, hambamu ini kerdil yang teramat memohon agar dicerahkan masa hadapanku,dikuatkan semangat aku,ditabahkan hati aku,dijaga iman aku agar tidak akan mudah melatah atau mengalah dengan dunia yang penuh dengan dugaan tanpa henti. aku juga memohon agar aku diberi peluang untuk berkhidmat untuk menaikkan nama UiTM ini kerana jauh disudut hati aku, aku masih tidak percaya yang aku terpilih untuk ke menara gading. Ya Allah, kau peliharalah semua orang yang pernah ku kenal. terutamanya yang membenci aku,mengutuk aku, dan tidak senang melihat kejayaanku. Sesungguhnya aku serahkan segalanya kepadamu kerana engkau telah pun menentukan takdirku. jadikanlah hati ini,hati yang terbuka menerima nasihat,tidak berdendam mahupun berniat buruk terhadap yang lainnya. Aminnnn...

yang sedang berusaha,
Nadiahtul.

Friday, May 10, 2013

Long Journey to go...

Salam, wow, nampaknya blog ni dah banyak dah berubah. dah lama sangat tak update. Actually, I have a lot of stories to be shared but then time is so envy with me. last update is about my 17th birthday.. haha... well, I'm 18 years old now... starting to learn more and more about responsibility and life.

Apa yang membuatkan saya tetiba update balik blog ni?? Haaaaa, ni nak cerita la ni. Sabar jaappp. Blog, nampaknya awak jelah tempat yang saya boleh ceritakan segalanya tanpa rasa ragu-ragu. dari last update tu, saya menyimpan banyak kisah sehinggakan saya jadi seorang yang sangat berbeza, lebih banyak berdiam diri. mana taknya, segalanya asyik terbuku je. tak pernah terluah. bak kata orang, ditelan mati mak,diluah mati bapak. serba tak kena.

PERTAMANYA : KELUARGA

saya anak bongsu, yang diharap akan menjadi lebih baik dari yang lainnya. Alhamdulillah, tak pernah lagi la buat yang pelik-pelik. dalam usia 18 tahun ni, saya dah memegang tanggungjawab untuk mencuba sedaya upaya menggembirakan dan menunaikan permintaan mereka. bukan tu je, bahkan hal syarikat pun dah mula kena ambil tahu. tak apalah, redha ibubapa adalah redha Allah s.w.t.

KEDUANYA : KAWAN

yang kes ni, memang sangat-sangat-sangat-sangatlah complicated. sukar difahami,sukar ditafsir. saya akui saya punyai ramai kawan-kawan dan itu sangatlah menyenangkan, tapi sayangnya saya tiada kawan yang betul-betul memahami saya. pernah tak dengar kata "kawan menangis sukar dicari,kawan ketawa mudah ditemui?". tapikan, jujurlah nak cakap, saya adalah kontra kepada kata itu. sayalah kawan ketika menangis mereka, dan saya sangat menghargai kepercayaan mereka terhadap saya. namun, ketika saya memerlukan tempat untuk meluah dan menangis, ternyata tidak ada seorang pun yang kelihatan. sabarlah hati, bahagia menanti.

KETIGANYA : SOAL HATI

saya tak dapat nak lari dari soal ini, yalah, kitakan manusia memang ini adalah salah satu fitrahnya. masalahnya, bila saya sukakan seseorang tu, dia mesti dah beminat pada orang lain. tahu tak apa yang saya buat bila tahu dia minta orang lain? haaaa, saya tolong dia sampailah diorang together. Jujurnya, sangat-sangat sakit hati ni bila membantu orang yang saya suka dikamchingkan dengan orang lain. sebab saya nak dia bahagia., dan saya pun mampu bahagia. (bahagia ke?) Saya percaya bahawa sayang tak semestinya memiliki. kadang-kadang kerana sayanglah kita kena lepaskan seseorang tu. Jodoh itu ditangan Allah.

KEEMPATNYA : KEISTIMEWAAN YANG DIBERI ALLAH

hah, ini cerita, saya sampai trauma dibuatnya. pernah dicop sebagai gila, main-main, syok sendiri,nak perhatian,ambil kesempatan & etc.  Haaaaaa, banyak tak cop yang diorang bagi pada saya? sesungguhnya adanya keistimewaan ini bermakna ada la lagi satu tanggungjawab saya. bukan nak riak,bukan nak takbur, tapi memang tak mudah. saya sentiasa berjumpa dengan orang lama agar bimbing saya supaya tidak tersalah jalan, dapat membantu mereka yang memerlukan. jap, mesti korang tertanya apa keistimewaan aku ni? Haaa,, adalah. yang tau tu,tau laa. yang tak tu, ampun dan maaf saya tak mampu nak bagi tau.  Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. :)

hah, blog, lega sikit rasanya bila yang tak terlauh tu,dapat diluahkan. inilah hidup, hidup saya taklah semegah hidup remaja-remaja lain. saya perlu sedar siapa saya,dan berpijak pada bumi yang nyata. saya perlu kukuhkan kaki saya supaya tidak mudah terjatuh,tersungkur dengan angin yang melanda. saya kena belajar bersyukur dengan kurniaanNya. saya kena terima takdir yang disusunNya. semoga saya mampu terus berdiri menghadapi hidup ini. Amin...
wassalam.


coretan terbuku,
(nadiahtul)