Friday, June 21, 2013

It was me...

assalamualaikum,
hahaha, aku sebenarnya dah penat memendam dan dah sangat-sangat sakit hati ni sebab tak terluah. aku rasa kan aku ni memang akan macam ni sampailah bila-bila,like forever. sangat sayangkan orang dan bila disakiti rasa dia memang perrgggghhhh, wa cakap sama lu, memang TERBAIKKKK ! aku tak suka cari musuh, aku dah jauhkan diri dari sebarang pergaduhan tapi sayangnya, manusia,tetap manusia, akan judge sentiasa, akan mencari lubang-lubang kelemahan aku untuk tumbangkan aku. wow ! aku memang salute sama orang-orang itu, aku tau aku ni, salahnya terlalu banyak, silamnya terlalu gelap dan kelam tapi ingat, TIADA MANUSIA YANG TIADA MASA HADAPAN DAN TIADA MANUSIA YANG TIADA MASA SILAM... jujur cakap, aku memang lebih merelakan hati ni luka dan sakit, mungkin sebab dah banyak sangat luka agaknya.

aku patut sedar, ada sesuatu yang wajib perlu aku sempurnakan, perlu aku laksanakan,dan itulah kelemahan aku yang utama. aku dah agak dah yang ianya akan menjadi kontroversi,penyebab tidak puas hati. aku yang bersalah, it was me. aku dah mengaku, jadi, bantulah aku, bukannya kau makin menjauhkan diri dari aku, itu yang silapnya. bukan aku je yang ada masalah dan kelemahan, tipulah kalau kau tak ada... hati memang tengah sebak ni, dah tak tau nak luah kat siapa, sinilah tempatnya. memang air mata ni boleh turun anytime je, eh ! tengok baru cakap dah turun dah. airmata aku ni, bukan airmata lemah,tapi airmata yang dah terlalu banyak menanggung rasa sakit dan pedih. Maffkanlah aku, sebab tak mampu bertahan lagi. my past still don't wanna let me go.

yang tidak terucap,
Nad.

Friday, June 14, 2013

New Beginning :D

hey, salam to my lovely blog... memang dah lama gila tak update kan? haha...
okay mood aku hari ni, tak dapat dikenal pasti... don't know why...

Sekarang, aku dah masuk ke UiTM Kampus Kuantan dalam program Asasi TESL... alhamdulillah, UiTM kampus Kuantan dah dua tahun berturut-turut menjadi UiTM asasi TESL terbaik dengan CGPA yang hampir sempurna, (insyaAllah aku pun boleh). with my housemate,roomate, aku jujurnya jealous teramat dengan diorang. mana taknya, their friends keep on calling,asking on how they are doing. hati ni sentap, tapi macam biasa,aku akan berlagak tough untuk menguatkan semangat aku.

rasanya, airmata ni, boleh turun anytime kot,terlalu sakit dengan masa silam. memang betul kata orang forgive and forget but the wounds are not going to heal. kalau dia healing pun, tak akan kembali seperti sediakala. haha. aku tak lupa senior samttaj yang baik and yang bash aku. sangat tak lupa,sampaikan ada kalanya terbawa-bawa ke mimpi. fuh, memang terbaik penangan diorang.

Ya Allah, hambamu ini kerdil yang teramat memohon agar dicerahkan masa hadapanku,dikuatkan semangat aku,ditabahkan hati aku,dijaga iman aku agar tidak akan mudah melatah atau mengalah dengan dunia yang penuh dengan dugaan tanpa henti. aku juga memohon agar aku diberi peluang untuk berkhidmat untuk menaikkan nama UiTM ini kerana jauh disudut hati aku, aku masih tidak percaya yang aku terpilih untuk ke menara gading. Ya Allah, kau peliharalah semua orang yang pernah ku kenal. terutamanya yang membenci aku,mengutuk aku, dan tidak senang melihat kejayaanku. Sesungguhnya aku serahkan segalanya kepadamu kerana engkau telah pun menentukan takdirku. jadikanlah hati ini,hati yang terbuka menerima nasihat,tidak berdendam mahupun berniat buruk terhadap yang lainnya. Aminnnn...

yang sedang berusaha,
Nadiahtul.

Friday, May 10, 2013

Long Journey to go...

Salam, wow, nampaknya blog ni dah banyak dah berubah. dah lama sangat tak update. Actually, I have a lot of stories to be shared but then time is so envy with me. last update is about my 17th birthday.. haha... well, I'm 18 years old now... starting to learn more and more about responsibility and life.

Apa yang membuatkan saya tetiba update balik blog ni?? Haaaaa, ni nak cerita la ni. Sabar jaappp. Blog, nampaknya awak jelah tempat yang saya boleh ceritakan segalanya tanpa rasa ragu-ragu. dari last update tu, saya menyimpan banyak kisah sehinggakan saya jadi seorang yang sangat berbeza, lebih banyak berdiam diri. mana taknya, segalanya asyik terbuku je. tak pernah terluah. bak kata orang, ditelan mati mak,diluah mati bapak. serba tak kena.

PERTAMANYA : KELUARGA

saya anak bongsu, yang diharap akan menjadi lebih baik dari yang lainnya. Alhamdulillah, tak pernah lagi la buat yang pelik-pelik. dalam usia 18 tahun ni, saya dah memegang tanggungjawab untuk mencuba sedaya upaya menggembirakan dan menunaikan permintaan mereka. bukan tu je, bahkan hal syarikat pun dah mula kena ambil tahu. tak apalah, redha ibubapa adalah redha Allah s.w.t.

KEDUANYA : KAWAN

yang kes ni, memang sangat-sangat-sangat-sangatlah complicated. sukar difahami,sukar ditafsir. saya akui saya punyai ramai kawan-kawan dan itu sangatlah menyenangkan, tapi sayangnya saya tiada kawan yang betul-betul memahami saya. pernah tak dengar kata "kawan menangis sukar dicari,kawan ketawa mudah ditemui?". tapikan, jujurlah nak cakap, saya adalah kontra kepada kata itu. sayalah kawan ketika menangis mereka, dan saya sangat menghargai kepercayaan mereka terhadap saya. namun, ketika saya memerlukan tempat untuk meluah dan menangis, ternyata tidak ada seorang pun yang kelihatan. sabarlah hati, bahagia menanti.

KETIGANYA : SOAL HATI

saya tak dapat nak lari dari soal ini, yalah, kitakan manusia memang ini adalah salah satu fitrahnya. masalahnya, bila saya sukakan seseorang tu, dia mesti dah beminat pada orang lain. tahu tak apa yang saya buat bila tahu dia minta orang lain? haaaa, saya tolong dia sampailah diorang together. Jujurnya, sangat-sangat sakit hati ni bila membantu orang yang saya suka dikamchingkan dengan orang lain. sebab saya nak dia bahagia., dan saya pun mampu bahagia. (bahagia ke?) Saya percaya bahawa sayang tak semestinya memiliki. kadang-kadang kerana sayanglah kita kena lepaskan seseorang tu. Jodoh itu ditangan Allah.

KEEMPATNYA : KEISTIMEWAAN YANG DIBERI ALLAH

hah, ini cerita, saya sampai trauma dibuatnya. pernah dicop sebagai gila, main-main, syok sendiri,nak perhatian,ambil kesempatan & etc.  Haaaaaa, banyak tak cop yang diorang bagi pada saya? sesungguhnya adanya keistimewaan ini bermakna ada la lagi satu tanggungjawab saya. bukan nak riak,bukan nak takbur, tapi memang tak mudah. saya sentiasa berjumpa dengan orang lama agar bimbing saya supaya tidak tersalah jalan, dapat membantu mereka yang memerlukan. jap, mesti korang tertanya apa keistimewaan aku ni? Haaa,, adalah. yang tau tu,tau laa. yang tak tu, ampun dan maaf saya tak mampu nak bagi tau.  Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. :)

hah, blog, lega sikit rasanya bila yang tak terlauh tu,dapat diluahkan. inilah hidup, hidup saya taklah semegah hidup remaja-remaja lain. saya perlu sedar siapa saya,dan berpijak pada bumi yang nyata. saya perlu kukuhkan kaki saya supaya tidak mudah terjatuh,tersungkur dengan angin yang melanda. saya kena belajar bersyukur dengan kurniaanNya. saya kena terima takdir yang disusunNya. semoga saya mampu terus berdiri menghadapi hidup ini. Amin...
wassalam.


coretan terbuku,
(nadiahtul)

Monday, April 9, 2012

My 17th birthday !!!

hey guys ! how you doin'? okay,,di sini nak bercerita tentang HARI LAHIR atau most people call it BIRTHDAY...setiap orang di dunia ini diberi peluang sekali setahun untuk menyambut hari lahirnya secara official...hah,ada yang kena baling tepung dan telur...ada yang kena prank sampai menangis-nangis...ada yang dapat kejutan tahap heart attack sebab tak duga pun birhday anda diraikan oleh kawan2 atau famili2 anda diluar sana...ada yang siap buat party pun ada..pool party,dance party,party di Mcd,KFC and Pizza Hut...
heh,birthday saya untuk 2011 dan 2012 tidak sambut langsung kerana status saya sudah menjadi UNKNOWN PEOPLE...hehe...everything is fine,,still got some people who realise my birthday and wish me...thanks ya !
here,let me tell you what happened to me on my 17th birthday...my best birthday ever !
I'm wake up at morning like usual...ZzZzZ, nothing special at all...then ate my breakfast...got mumbling from my mom since i entered the car until i arrived at school...then,macam biasa,tidur adalah keutamaan aku dalam kelas...kalau aku tak tahan sangat nak tidur,sanggup berlakon acah2 menulis atau belajar janji dapat tidur...
here came the part...boyfriend adik angkat aku bawa motor...aku belajar bawa motor dari dia...dan aku memang dah boleh bawa,tapi entah macamana hari rabu bersamaan 28/03/2012 tu,aku jatuh plus terseret dengan motor sekali...Hantu punya kereta mercedes...tipu doe kau tak nampak aku...nak kata aku bawak macam pelesit,come on lah,20km/h kooot...then kau just blah je bila nampak aku boleh berdiri...hello,brother, motor manusia ni macamana??? nasib baik ada pakcik askar membantu dan dia checkkan motor tu,handle lari sikit je...yang aku ni,berbirat2 ni,pun kau talak nampak ke??? haduy...
habis je incident tu,trauma sekejap,pastu start enjin balik pergi makan dengan adik angkat aku & bf dia...fuhhh ! nasiblah mamat tu,terlalulah amat baik hatinya...risaukan aku dari motor dia yang kena sagat tu...alhamdulillah...
balik rumah,kantoi luka2...just cakap jatuh...(malas nak panjangkan cerita..)
dalam pukul 3.00pm macamtu,terjadilah perang besar antara aku dengan mak dan kakak nombor 1 aku hanya kerana mulut longkang kakak aku tu...perghhh ! pergauhan yang terbaeeekkkk...mak aku ambil aku punya raket limited edition tu, terus balun kakak aku then aku...fuhhh ! memang sakit tak terkatalah..
sudahnya, raket aku tu,batang retak...kemek...aku biarkan je raket aku tu bawah katil...dari tengok lepas tu makan hati...
guys,,, pokoknya sekarang ni...bila dah dekat birthday korang...jagalah diri ya ! jangan jadi macam aku...
it's really my "SWEET" seventeen...
Take care ya ! have a nice birthday guys !
:)

Tuesday, March 13, 2012

Life must go on.... :)

Dear friends, assalamualaikum...sihat ke kalian kat sana tu??? harapnya sihat sampai ke penghujung bulan kita sebelum menghadapi SPM...amin...jangan jadi macam aku,exam PMR sambil demam gitu...memang terbaik tuhhh ! haha...ehem..kita nak tanya ni,korang ada tak kenangan yang memang tak dapat dilupakan...sampai ada waktu dan ketika,terbit dihati agar waktu itu terhenti dan takkan pergi buat selama-lamanya?
Ada? alhamdulillah,maknanya kalian memang seorang yang menghargai...atau mungkin juga perindu sejati...yang tak ada tu, minta percepatkanlah ke hospital ya ! risau juga saya...baru-baru ni,(semalam) saya dipermudahkan urusan untuk bertemu dengan mereka yang ada dihadapan mata saya,tetapi tak pernah diberi perhatian...nah, i got served,guys...seriously i felt guilty,regret with what i've done...damn ! i'm so stupid..

“We tend to forget that happiness doesn't come as a result of getting something we don't have, but rather of recognizing and appreciating what we do have.”


hai,ikan-ikan dalam akuarium kat rumah,mesti korang tensionkan? ada tuan yang tidak tahu menjaga apa yang diberikan untuknya.bila diambil kembali,barulah tersedarkan? kalaulah korang boleh cakap,mesti merah telinga aku kena marah dengan korang hari-hari...haha...
About study,alhamdulillah,lately ni,aku begitu yakin dalam peperiksaan first term 2012 ni...BUAT PERTAMA KALINYA TAU ! Tengoklah, dalam keadaan aku ingat-ingat lupa dengan-Nya dia dengan selambanya masih memberi aku keyakinan dan pemahaman yang baik dalam setiap pelajaran yang aku pelajari..Ya,Allah,malunya aku...Aku tak pandai langsung nak membalas jasa yang Kau berikan untuk aku...Bukan sekali dua,bahkan beribu kali dan mungkin sudah menjadi berjuta...Sayangnya engkau pada aku,kau tetap memakbulkan hasrat hati aku...haha...Memang aku tak reti mengenang budi yang Kau berikan...Patutlah,mereka-mereka pun lupa dengan apa yang aku lakukan untuk mereka...
tak payah buang minyak pusing jauh-jauh,dah terkena dah pun...:')
Aku cuma boleh kata "I'll try my very best to following you,eventhough i know it's hard and it's not as easy as a,b,c and 1,2,3..." "I'm sorry for everything,my attitude,my behaviour and my languange to you.."


sincerely from deep of my heart,Ya Allah,
                  (Nadiahtul)

Saturday, February 25, 2012

Am I ?

hurm...morning everyone ! hari ni mood makan hati sikit,ehem,okayokayokay...honestly,banyak...*sigh...
aku nak bagitau yang aku memang tengah penat gilaaa...penat yang tiada kesudahannya...cepatlah aktiviti koku habis...aku dah penat dengan program2 ni...mana nak kejar kelas tambahan lagi...mana nak kejar kokurikulum lagi...mana nak kejar tuisyen yang diatur oleh ibu bapa ku yang tersayang...mana nak letak sosial life aku...mana nak campak homework yang bertimbun tu... Haduyyyy...
Ya Allah,rupanya inilah yang dilalui oleh para calon SPM yang sebelum ni...kesian diorang...patutlah diorang sampai tak ada masa nak senyum...*acahacahpenatgilalatu...tadikan aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan seorang mahasiswa UPM yang sedang bercuti semester ke-2 dalam bidang chemical enngineering dan sub-topik yang dia ambil adalah petrochemical...pffffttttt...dah alang-alang terjun kolam,mandilah puas-puaskan? hehe...
Aku ambil peluang tanya dari A sampai W pengalaman yang dia lalui..dari kisah dia,ternyata,dia salah seorang pelajar yang bertuah kerana tidak menghadapi masalah untuk memasuki Matrikulasi dan seterusnya Universiti. Yang cerita X,Y dan Z tu...tak dapatlah,sebab dia pun still studykan...takkan nak tanya benda yang dia belum lalui...actually,chemical engineering merupakan  pilihan ketiga yang ibu aku mahu aku letakkan di dalam borang permohonan selain daripada 
1- Pilot a.k.a. Juruterbang
2- Aeronautical Engineering a.k.a Kejuruteraan Aeronautik
dan 
3- Chemical/Petroleum Engineering a.k.a. Kejuruteraan Kimia/Petroleum...
dari pilihan aku,nampak sangat yang aku lebih cenderung ke arah physics,chemistry,add math,math dalam bahagian kejuruteraan...*isk....Actually,ikhlas lahir dari hati aku,aku betul betul nak terus yang pertama (pilot) dan secara logik manusia,kita memang dah tahu perempuan tidaklah terlalu tinggi seperti lelaki yang mencanak-canak...160 cm adalah yang diinginkan but,aku rasa sebagai sorang perempuan takkanlah 160 juga..betul tak???
Jadi secara menyeluruhnya,aku hanya berserah kepada takdirnya,TETAPI,aku akan tetap mahu berusaha dan memperjuangkan keinginan aku,minat aku,dan tekad aku...
Ya Allah,hamba-Mu ini tidak akan mengalah walaupun setiap orang memberitahu bahawa AKU tidak mampu,dan Aku pasti dan Aku Yakin...hanya Engkau yang tahu isi hati aku,apa yang aku rancangkan,apa yang aku perjuangkan serta paling penting niat yang mendalam yang aku sematkan.Maka dengan itu,akan aku perjuangkan takdir dan nasibku,dan engkau sahajalah yang mampu membuka mata serta menutup mulut pihak yang mengatakan bahawa AKU TIDAK LAYAK !

Mood,
"nothing's impossible in this WORLD"
SMILE ALWAYS,FRIENDS ! :) :D :P

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Cai,,,Ang Pau Lai Lai !

Assalamualaikum,
to all ladies and gentlemen,,,HOLIDAY is cominggggg !!!! yahooo...yabedabedu...ouh yeah,ouh yeah...hahahaha...yes,yes,yes ! buat kaum cina...terima kasih kerana andalah penyebab kami mendapat cuti...SEMINGGU pula tu...thankssssss ! seronok3...

Hah,lega yang teramat bila dapat cuti ni...aku ingat nak ke somewhere that is quiet and peace for me to release my feeling,my angry,my fear....
Do any of you know where to shout without getting angry from another people???
as example : bukit ke,hutan ke...lai lai, bagitau aku...aku memang nak pergi...
Stress gila,babe....aku pun tak tau apa pasal...entah kau,nadiahtul,form 5 ni, punyalah gelabah kau...alamak...macam siot je....heh3, please laa....tak rasa luruh jantung ke waktu isi borang pencalonan SPM 2012???? kalau tak memang kau yang problems...

Ya,Allah,aku mohon sangat aku dapat straight A+ untuk SPM ni,supaya aku boleh dan berjaya memasuki The Malaysian Flying Academy. <3 
Aku ada hasrat hati yang aku ingin tunaikan,apabila aku berjaya mencapai cita2 aku...
tolonglah,Ya Allah...kau tahu hasrat aku,apa yang terdetik di hati aku...maka tunaikanlah permohonan dan permintaan hambu mu yang teramat kerdil ini...
Berilah aku  hidayah secara berterusan agar aku tidak alpa dengan nikmat duniawi... agar aku ingat asal usulku,orang2 yang menghulurkan tangan membantu aku...dan mereka2 yang menyokong aku...
Sesungguhnya aku amat takut...takut sekali...
Untuk kawan2 aku yang di luar sana...aku juga mendoakan agar kita semua sama-sama berjaya hingga ke menara gading...huh,bukan setakat menara gading, menara kuala lumpur pun bolehhhh ! Aminnn....
Semoga berjaya semua ! InsyaAllah....Amin3....

yang merepek merapuk,
      ( Nadiahtul)