Friday, May 10, 2013

Long Journey to go...

Salam, wow, nampaknya blog ni dah banyak dah berubah. dah lama sangat tak update. Actually, I have a lot of stories to be shared but then time is so envy with me. last update is about my 17th birthday.. haha... well, I'm 18 years old now... starting to learn more and more about responsibility and life.

Apa yang membuatkan saya tetiba update balik blog ni?? Haaaaa, ni nak cerita la ni. Sabar jaappp. Blog, nampaknya awak jelah tempat yang saya boleh ceritakan segalanya tanpa rasa ragu-ragu. dari last update tu, saya menyimpan banyak kisah sehinggakan saya jadi seorang yang sangat berbeza, lebih banyak berdiam diri. mana taknya, segalanya asyik terbuku je. tak pernah terluah. bak kata orang, ditelan mati mak,diluah mati bapak. serba tak kena.

PERTAMANYA : KELUARGA

saya anak bongsu, yang diharap akan menjadi lebih baik dari yang lainnya. Alhamdulillah, tak pernah lagi la buat yang pelik-pelik. dalam usia 18 tahun ni, saya dah memegang tanggungjawab untuk mencuba sedaya upaya menggembirakan dan menunaikan permintaan mereka. bukan tu je, bahkan hal syarikat pun dah mula kena ambil tahu. tak apalah, redha ibubapa adalah redha Allah s.w.t.

KEDUANYA : KAWAN

yang kes ni, memang sangat-sangat-sangat-sangatlah complicated. sukar difahami,sukar ditafsir. saya akui saya punyai ramai kawan-kawan dan itu sangatlah menyenangkan, tapi sayangnya saya tiada kawan yang betul-betul memahami saya. pernah tak dengar kata "kawan menangis sukar dicari,kawan ketawa mudah ditemui?". tapikan, jujurlah nak cakap, saya adalah kontra kepada kata itu. sayalah kawan ketika menangis mereka, dan saya sangat menghargai kepercayaan mereka terhadap saya. namun, ketika saya memerlukan tempat untuk meluah dan menangis, ternyata tidak ada seorang pun yang kelihatan. sabarlah hati, bahagia menanti.

KETIGANYA : SOAL HATI

saya tak dapat nak lari dari soal ini, yalah, kitakan manusia memang ini adalah salah satu fitrahnya. masalahnya, bila saya sukakan seseorang tu, dia mesti dah beminat pada orang lain. tahu tak apa yang saya buat bila tahu dia minta orang lain? haaaa, saya tolong dia sampailah diorang together. Jujurnya, sangat-sangat sakit hati ni bila membantu orang yang saya suka dikamchingkan dengan orang lain. sebab saya nak dia bahagia., dan saya pun mampu bahagia. (bahagia ke?) Saya percaya bahawa sayang tak semestinya memiliki. kadang-kadang kerana sayanglah kita kena lepaskan seseorang tu. Jodoh itu ditangan Allah.

KEEMPATNYA : KEISTIMEWAAN YANG DIBERI ALLAH

hah, ini cerita, saya sampai trauma dibuatnya. pernah dicop sebagai gila, main-main, syok sendiri,nak perhatian,ambil kesempatan & etc.  Haaaaaa, banyak tak cop yang diorang bagi pada saya? sesungguhnya adanya keistimewaan ini bermakna ada la lagi satu tanggungjawab saya. bukan nak riak,bukan nak takbur, tapi memang tak mudah. saya sentiasa berjumpa dengan orang lama agar bimbing saya supaya tidak tersalah jalan, dapat membantu mereka yang memerlukan. jap, mesti korang tertanya apa keistimewaan aku ni? Haaa,, adalah. yang tau tu,tau laa. yang tak tu, ampun dan maaf saya tak mampu nak bagi tau.  Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. :)

hah, blog, lega sikit rasanya bila yang tak terlauh tu,dapat diluahkan. inilah hidup, hidup saya taklah semegah hidup remaja-remaja lain. saya perlu sedar siapa saya,dan berpijak pada bumi yang nyata. saya perlu kukuhkan kaki saya supaya tidak mudah terjatuh,tersungkur dengan angin yang melanda. saya kena belajar bersyukur dengan kurniaanNya. saya kena terima takdir yang disusunNya. semoga saya mampu terus berdiri menghadapi hidup ini. Amin...
wassalam.


coretan terbuku,
(nadiahtul)