hurm...morning everyone ! hari ni mood makan hati sikit,ehem,okayokayokay...honestly,banyak...*sigh...
aku nak bagitau yang aku memang tengah penat gilaaa...penat yang tiada kesudahannya...cepatlah aktiviti koku habis...aku dah penat dengan program2 ni...mana nak kejar kelas tambahan lagi...mana nak kejar kokurikulum lagi...mana nak kejar tuisyen yang diatur oleh ibu bapa ku yang tersayang...mana nak letak sosial life aku...mana nak campak homework yang bertimbun tu... Haduyyyy...
Ya Allah,rupanya inilah yang dilalui oleh para calon SPM yang sebelum ni...kesian diorang...patutlah diorang sampai tak ada masa nak senyum...*acahacahpenatgilalatu...tadikan aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan seorang mahasiswa UPM yang sedang bercuti semester ke-2 dalam bidang chemical enngineering dan sub-topik yang dia ambil adalah petrochemical...pffffttttt...dah alang-alang terjun kolam,mandilah puas-puaskan? hehe...
Aku ambil peluang tanya dari A sampai W pengalaman yang dia lalui..dari kisah dia,ternyata,dia salah seorang pelajar yang bertuah kerana tidak menghadapi masalah untuk memasuki Matrikulasi dan seterusnya Universiti. Yang cerita X,Y dan Z tu...tak dapatlah,sebab dia pun still studykan...takkan nak tanya benda yang dia belum lalui...actually,chemical engineering merupakan pilihan ketiga yang ibu aku mahu aku letakkan di dalam borang permohonan selain daripada
1- Pilot a.k.a. Juruterbang
2- Aeronautical Engineering a.k.a Kejuruteraan Aeronautik
dan
3- Chemical/Petroleum Engineering a.k.a. Kejuruteraan Kimia/Petroleum...
dari pilihan aku,nampak sangat yang aku lebih cenderung ke arah physics,chemistry,add math,math dalam bahagian kejuruteraan...*isk....Actually,ikhlas lahir dari hati aku,aku betul betul nak terus yang pertama (pilot) dan secara logik manusia,kita memang dah tahu perempuan tidaklah terlalu tinggi seperti lelaki yang mencanak-canak...160 cm adalah yang diinginkan but,aku rasa sebagai sorang perempuan takkanlah 160 juga..betul tak???
Jadi secara menyeluruhnya,aku hanya berserah kepada takdirnya,TETAPI,aku akan tetap mahu berusaha dan memperjuangkan keinginan aku,minat aku,dan tekad aku...
Ya Allah,hamba-Mu ini tidak akan mengalah walaupun setiap orang memberitahu bahawa AKU tidak mampu,dan Aku pasti dan Aku Yakin...hanya Engkau yang tahu isi hati aku,apa yang aku rancangkan,apa yang aku perjuangkan serta paling penting niat yang mendalam yang aku sematkan.Maka dengan itu,akan aku perjuangkan takdir dan nasibku,dan engkau sahajalah yang mampu membuka mata serta menutup mulut pihak yang mengatakan bahawa AKU TIDAK LAYAK !
"nothing's impossible in this WORLD"
SMILE ALWAYS,FRIENDS ! :) :D :P